Dalam ruangan ini saya akan memperkenalkan beberapa jenis mesin sulam, cara penggunaan, cara penjagaan, dan masalah pada mesin serta cara penyelesaiannya.
1. Mesin Sulam Highspeed
Bahagian-Bahagian Penting Mesin Sulam :
Mengenal Bahagian Mesin Dan Fungsinya
1. Tiang Benang - Untuk meletak benang atas
2. Roda Imbangan - Untuk memulakan dan memberhentikan jahitan dan mengenakan jahitan
3. Pelaras Jahitan - Untuk melaraskan mata jahitan halus dan kasar
4. Lubang Minyak - Masukkan minyak di lubang utama dan minyak akan meresap ke semua bahagian
dalaman mesin.
5. Tuas Penegang Benang - Untuk Mengangkat dan menurunkan benang
6. Ceper Pemegang Benang - Untuk Mengendur dan menegangkan benang
7. Tiang Pemegang Jarum - Untuk meletakkan Jarum
8. Jarum Sulaman - Bahagian cakuk jarum diletakkan di belakang badan mesin (Jenis jarum -DP x 5)
9. Kawalan Lutut - Untuk mengawal lebar sulaman
10. Tapak Penekan Mesin - Memulakan dan memberhentikan jahitan
- Menentukan dan mengawal kelajuan mesin
11. Suis On dan Off - Untuk membuka dan menutup arus elektrik ke mesin
Peraturan Am
- Adalah dianggapkan bahawa setiap orang yang mempunyai mesin jahit (domestic) tahu bagaimana
menggunakannya.
- Tetapi untuk mempelajari teknik membuat sulaman menggunakan mesin, adalah perlu bagi seseorang itu
memperolehi pengetahuan asas yang simple tetapi mustahak.
Menyedia mesin jahit
- Sediakan mesin untuk membuat jahit sulam dengan hanya menanggal tapak penekan jahitan, menolak
pelaras jahitan pada tahap neutral dan menurunkan tapak penekan.
- Saiz kia dilaraskan menggunakan pemidang sulam yang digerak-gerakkan.
- Laraskan ketegangan benang untuk memperolehi kia yag baik di fabrik mengikut benang yang digunakan.
Mesin mestilah boleh berfungsi dengan baik
- Untuk memastikan mesin berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan, anda perlu membersih dan
membubuh minyak dengan cermat setiap lapan hari.
- Sekiranya anda menggunakannya hari-hari, adalah sangat penting mengguna minyak yang terbaik untuk
pelinciran yang dirumus khas untuk mesin jahit.
Postur yang betul
- Operator mesin hendaklah duduk selesa dengan postur bertepatan.
- Badan hendaklah tegak dan kepala dicondong sedikit hala ke kerja.
- Tangan-tangan hendaklah jauh antara satu sama lain dengan bawah lengan sepenuhnya berada di atas
mesin.
Mengendali Mesin Jahit
- Kedua-dua kaki hendaklah berada di atas tempat letak kaki (Tapak penekan Mesin), kaki kiri ke hadapan
sedikit dari kaki kanan (atau mengikut keselesaan anda)-agar tekanan dapat diletak dengan mudah di atas
tempat letak kaki.
- Untuk memperolehi pergerakan mesin yang perlahan, iaitu satu sifat yang penting dalam kerja-kerja
menyulam, tempat letak kaki hendaklah ditekan perlahan-lahan pada peringkat awal (mula-mula dengan
satu kaki dan kemudian lagi satu).
- Pergerakan mesin dimulakan dengan menyentuh sedikit roda imbang menggunakan tangan kanan anda.
- Cara memulakan mesin dengan sedikit sentuhan pada roda imbang hanya perlu dilakukan oleh mereka
yang baru mula hendak belajar menggunakan mesin jahit sulam, dan apabila semakin mahir dan cekap
mengawal mesin, ia seharusnya berupaya melaksanakan sepenuhnya dengan kakinya sahaja.
- Ini adalah kerana kawalan mesin sangat penting dalam banyak kerja-kerja menyulam yang rumit. (apabila
perlunya kedua-dua tangan anda digunakan sepenuhnya dalam mengawal pemidang sulam).
Masalah Pada Mesin
1) Jahitan melompat
Sebab - i) Benang dipasang tidak betul.
ii) Jarum dipasang tidak betul.
iii) Memasang jarum terlalu rendah atau tinggi.
iv) Jarum tumpul dan benang tidak sesuai dengan mesin.
2) Benang atas selalu putus
Sebab - i) Benang dipasang tidak mengikut peraturan.
ii) Menggunakan sekoci terlalu ketat.
iii) Saiz benang terlalu besar dari jarum.
3) Jarum patah
Sebab - i) Sekoci tidak dipasang dengan betul.
ii) Menarik kain semasa menjahit.
iii) Terdapat jarum peniti di dalam kain.
iv) Jarum terkena kepala Zip.
v) Kain terlalu Tebal.
vi) Jarum terlalu halus atau bengkok.
vii) Jarum tidak sesuai dengan benang dan fabrik.
viii) Jarum tidak diskru dengan ketat atau tidak betul.
ix) Menjahit kelim yang tebal menggunakan jarum halus.
x) Fabrik yang dijahit berlapis atau tebal.
xi) Tapak Penekan Jahitan tidak dipasang dengan betul pada tempatnya.
4) Jahitan berkedut atau tarik
Sebab - i) Benang bawah atau benang atas terlalu longgar.
ii) Gigi mesin terlalu tinggi.
iii) Menjahit terlalu laju.
iv) Ada benang yang terlekat di sekoci.
v) Gelendong berkarat dan benang terlekat padanya.
vi) Sebelah kanan sekoci kotor dan spring pemegang bawah berselaput dengan kotoran.
vii) Mesin perlu dibersih dan dibubuh minyak.
5) Mata jahitan melangkah
Sebab - i) Jarum dipasang tidak betul atau bengkok.
ii) Mata Jarum tumpul.
iii) Jarum terlalu pendek dan halus bagi benag yang digunakan.
iv) Fabrik yang dijahit berlapis-lapis dan tebal.
v) Fabrik itu ditarik semasa menjahit.
vi) Saiz jarum tidak betul dengan fabrik yang dijahit.
vii) Gelendong dan sekoci tidak dipasang dengan betul.
viii) Gigi penolak halus.
6) Mata jahitan ketat di bawah
Sebab - i) Pemegang benang atas terlalu longgar atau ketat.
ii) Benang atas tidak dipasang dengan betul.
iii) Benang atas tidak terletak di antara ceper pemegang benang.
7) Mata Jahitan ketat di atas
Sebab - i) Benang yang digunakan terlalu kasar.
ii) Pemegang benang di bawah terlalu longgar atau ketat.
iii) Mesin perlu dibubuh minyak dan dibersihkan.
8) Perjalanan mesin berat
Sebab - i) Mesin tidak dibubuh minyak.
ii) Gelendong mungkin ditinggalkan pada lorong sekoci dan masih dalam kedudukan untuk
memusingkan atau meletakkan tekanan di atas roda imbang.
9) Mesin Mengeluarkan Bunyi
Sebab - i) Terdapat banyak habuk dan cebisan kain pada gigi mesin.
ii) Benang terlekat pada sekoci.
10) Kelim berkedut
Sebab - i) Jarum tumpul dan pemegang benang terlalu ketat.
ii) Benang dan jarum terlalu kasar bagi fabrik yang dijahit.
iii) Menggunakan tapak penekan yang salah bagi mesin yang digunakan.
iv) Kelim tidak dijelujur atau ditekan sebelum menjahit.
No comments:
Post a Comment